Thursday, March 10, 2011

SPM.....

Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat semuanya. 

Bulan ni dah masuk bulan yang ketiga dalam tahun 2011. Bila dah sampai bulan ni, yang menjadi perhatian sekarang adalah bila agaknya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan. Masing-masing menunjukkan perasaan gementar, takut dan bercampur aduk perasaannya apabila menunggu tarikh keputusan SPM diumumkan menerusi televisyen mahupun radio dan surat khabar. Kebiasaannya tarikh tersebut akan diumumkan seminggu sebelum keputusan SPM diumumkan. Sampai sekarang belum keluar apa-apa kenyataan berhubung perkara ni.  

Sekiranya keputusan SPM diumumkan cepat ataupun lewat, yang penting kita akan dapat mengetahui keputusannya setelah menempuh alam persekolahan menengah selama 5 tahun. Apabila masanya tiba nanti, kita hanya boleh tawakkal dan berpuas hati dengan apa yang telah kita usahakan. Harap-harap nanti semua yang akan mengambil keputusan akan reda dan terima dengan hati yang terbuka hasil usaha penat lelah kita sepanjang kita bersekolah menengah selama 5 tahun. 

Insyaallah.....