Friday, July 11, 2014

Aku. Saya. Lagu.

Assalamualaikum and hello everybody.

Alhamdulillah berjumpa lagi. Rasa untuk entri kali ini nak berkongsi soal muzik atau dikenali dengan lagu. *okay, straight to the point ajelah. malas nak buat mukadimah. hehehe*

Setiap orang pasti meminati lagu. Belum pernah lagi aku jumpa orang yang tidak minat pada lagu. Pasti ada minat walaupun hanya 0.01%. Bagi aku, lagu atau muzik ini sebagai penyeri dalam kehidupan seseorang. Tanpa lagu rasa macam hari aku tidak sempurna. Cehhhh ayat.

Ada sesetengah orang yang meminati lagu hanya dalam satu skop, misalnya ada yang minat lagu korea sahaja, ada yang minat lagu english sahaja. Tidak dinafikan setiap orang ada minatnya yang tersendiri.

Bagi aku, aku tidak meletakkan mana-mana skop dalam minat aku pada lagu. Aku minat untuk dengar semua jenis lagu asalkan sedap di telinga aku untuk mendengarnya. Kadang-kadang ikut mood jugak nak dengar lagu. Kalau mood tengah marah, layan lagu yang berentak perlahan. Kalau mood tengah happy, layan lagu berentak rancak.

Melayu. English. Korea. Electro Dance Music. Remix. Dubstep. Balada. Rap. 60-an. 70-an. 80-an. 90-an.

Itu antara genre lagu yang aku minat untuk dengar. Aku bukan jenis minat artis, aku hanya minat pada lagunya. Aku tak pandang pada artis, aku pandang pada lagu dia. Haaaaaaa amacam? *tetiba*

Bagi aku, lagu atau muzik ini sebagai peneman setia selain tempat tidur. *eh*. Bila dengar lagu rasa macam diri tak rasa keseorangan, tak rasa dipinggirkan. Ada sesetengah lagu yang liriknya ada maksud tersirat yang mudah untuk aku faham, ada jugak sesetengah lagu yang liriknya merapu gila-gila. Walaupun liriknya yang merapu merepek meraban semua tapi tetap jugak aku dengar sebab aku dengar rentak lagunya lagi-lagi lagu english.

Minat itu boleh, tetapi jangan sampai taksub sampai hubungan dengan orang lain terabai. Disebabkan taksub itu boleh bikin gaduh. Adakan jugak masa untuk bersosial. Takkanlah 24 jam nak hadap dengar lagu sahaja kan.

Selesai entri kali ini. Sebarang ketidakpuasan hati, pandangan bernas boleh diajukan di bahagian comment. Terima kasih. Jumpa lagi.

p/s: lagu yang aku dengar bila taip entri ini. enjoy.


Wednesday, July 2, 2014

UITM

Assalamualaikum. Hi. 

Setelah hampir setahun rasanya tidak mengepos sesuatu dalam ini akhirnya jari jemari ini mahu menaip sesuatu. 

Alhamdulillah. Akhirnya selama 3 tahun pengajian di UITM Kampus Alor Gajah dalam bidang Sistem Maklumat Perakaunan, dapat aku tamatkan dengan jayanya walaupun keputusan tidak cemerlang, dengan erti kata lain "grad on time". Apa lagi yang tidak menggembirakan bila melihat examination status dalam slip keputusan menunjukkan "COMPLETE". Syukur sangat-sangat. Dapat aku bergraduasi bersama rakan sekelas dan rakan satu batch. #ProudToBeDAIS. *tetiba* 

Apa yang pasti aku merindui zaman diploma aku disana. Disana aku belajar untuk pertingkatkan sahsiah diri, bukan sahaja belajar dari aspek akademik. 3 tahun aku disana, macam-macam pengalaman manis dah pahit yang aku dapat. Pengalaman-pengalaman macam ini yang mengajar aku untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Kita mesti ingat bahawa Allah memberi peluang untuk kita hidup di muka bumi ini kerana mahu hambaNya memperbaiki kelemahan diri dan pertingkatkan dalaman kita supaya dapat kita harungi kehidupan di lain hari. 

Kalau nak diceritakan soal rindu pada zaman diploma memang banyak. Kalau dibuat senarai di atas kertas memang panjang berjelalah jawabnya. Dari pertama kali aku jejakkan kaki ke UITM sampailah ke semester akhir. Boleh dikatakan setiap hari selama 3 tahun itu ada sahaja benda yang aku rindu walaupun sedikit. 

Dari hari pertama sehingga hari terakhir aku di UITM, aku belajar untuk kenali seseorang, belajar perwatakan seseorang. Dari situ apa yang baik dari dia kita ikut, apa yang kurang baik dari dia jangan ikut. Walaupun tempoh 3 tahun itu satu tempoh yang panjang tetapi masa pantas berlalu sampai kita sendiri tidak sedar. 

Memang tidak dinafikan akan ada kesilapan yang kita buat secara sedar mahupun tidak sedar, begitu juga dengan aku. Pernah juga aku buat salah dengan rakan sekelas, rakan satu batch, pensyarah, dan orang lain tetapi semua itu mengajar aku untuk perbaiki kesilapan aku dan mengajar aku untuk lebih bertanggugjawab. 

***

Alhamdulillah. Aku tumpang gembira melihat kawan-kawan aku berjaya di luar sana. Aku harap korang takkan lupakan aku dan aku takkan lupakan korang sebab korang telah banyak bantu aku dari banyak aspek. Good luck for your future guys and girls. 

FIGHTING!!!!! 

p/s: rindu suasana bulan puasa dekat kampus. T___T 

p/s: memandangkan tengah mood FIFA World Cup, meh aku belanja ini 




Monday, April 22, 2013

FESKO 50

Entri kali ini saya ingin berkongsi satu program akan datang pada bulan Mei ini. Banner ini menjadi bukti. 

 

Festival Konvokesyen Jubli Perak UTM 
7 - 12 Mei 2013
Dataran UTM Johor  

Kalau lihat aje banner diatas pasti boleh agak apa aktiviti2nya. Masuk percuma. 

 

 

 


 

PEACE ALWAYS :))))))) 

*xoxo publish*




Saturday, April 20, 2013

Cuti, Cuti Dan Cuti.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah syukur kita diberi ruang untuk terus melakukan kebaikan di muka bumi Allah ini.

Pada hari entri ini di muat naik, bermakna sudah seminggu saya menikmati cuti semester selama 8 minggu keseluruhannya. Memang tidak dinafikan, pada permulaan rasa seronok yang membara2 datang kerana tidak perlu hadap buku teks atau buku rujukan yang tebal2, tidak perlu fikir soal kuliah dan sebagainya.

Tapi, makin lama duduk diamkan diri di rumah, akan timbul satu perasaan secara tiba2 seperti tidak boleh dijangka iaitu B O S A N.

Jadi, ada yang mengambil peluang untuk mengisi masa BOSAN dengan K E R J A.  Ada yang bekerja di kedai2 runcit, supermarket, hypermarket dan ada yang bekerja satu tempat kerja dengan mak atau ayah.

Apa sahaja yang korang2 disana lakukan, pastikan kerja yang korang2 lakukan itu H A L A L supaya rezeki atau gaji yang korang2 dapat itu diberkati. KAP BA RO KAP ALIF TA NUN *senyum kambing*

Tak salah kalau nak duduk rumah aje sepanjang cuti semester ini. Baguslah, sekurang2nya dapat bantu mak di dapur, batu adik siapkan kerja sekolah, dan macam2 lagi. Tapi bila di rumah, jangan CURI TULANG. Tak elok, nanti masuk neraka tau *suara budak kecik* :D

Jadi, terpulang kepada diri sendiri apa yang nak buat sepanjang cuti semester ini. Kalau seminggu dua okay lagi, ini 2 BULAN beb. Heeeee. Semoga apa yang anda2 semua lakukan diberkati olehNya.

Semoga berjumpa lagi. :))))

PEACE ALWAYS :DDDDDDD

*xoxo publish*



Wednesday, April 17, 2013

Semester 4

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah bersua lagi kita. Dah lama jari jemari ini tak menaip dah muat naik entri dalam blog ini, maklumlah sibuk dengan urusan di kampus *senyum kambing* .

Alhamdulillah, sekarang saya sedang menikmati cuti semester selama 2 bulan. Satu tempoh yang agak panjang. Cuti yang diidam-idamkan oleh pelajar diploma UITM setelah berpulun-pulun belajar sampai tak tidur semalaman, sanggup stay up di library, di masjid dan sebagainya.

Ternyata semester ini adalah semester yang mencabar kekuatan diri, maklumlah subjek-subjeknya begitu kuat, strong dan yang sewaktu dengannya, sampai risau kena repeat semester depan, dengan komitmen terhadap kelab fakulti lagi. Kepenatan terserlah disitu *tetiba*.

Semester ini banyak program fakulti di luar kampus. Pengalaman baru mula ditimba. Dapat kenali komuniti luar dengan lebih dekat dan berkongsi ilmu yang ada. Bak kata orang lain, Sharing Is Caring kann *angkat kening*

Tinggal lagi 2 semester sebelum saya tamatkan pengajian diploma saya di UITM. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Terasa seperti berada di semester 1 pulak. Bila umur makin meningkat, pemikiran seharusnya sudah matang. Betul tak? *andai dapat ku undurkan putaran dunia #NowPlaying*

Harap kepada semua pelajar diploma UITM yang sedang bercuti untuk manfaatkan cuti yang diberi. Lakukan aktiviti berfaedah. *kerja*

Entri yang ringkas buat masa ini untuk dikongsi. Ada masa lagi saya akan kongsikan lagi buat tatapan anda semua. Semoga yang sedang membaca entri berada dalam keadaan sihat walafiat dan saya doakan anda2 semua berjaya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Next Entry --------------------> COMING SOON 

PEACE ALWAYS :)))))))))) 

*xoxo publish* 

Sunday, February 17, 2013

Music

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Video yang saya ingin kongsikan pada entri kali ini berlainan sedikit. Mungkin ada yang pernah dengar lagu asal ini, tetapi lagu asal dalam video ini telah digubah menjadi lagu instrument oleh kumpulan yang mereka gelarkan sebagai The Piano Guys. 

Bagi yang ingin mendengar alunan bunyi Cello dan Piano, saya cadangkan untuk dengar lagu dibawah ini. Sangat merdu dan menenangkan jiwa

Selamat mendengar :) 


Tuesday, November 27, 2012

Kenangan

Kenangan datang, Kenangan pergi. Yang penting, hidup kena teruskan dan biarlah kenangan itu disimpan dalam jiwa dan sanubari kita untuk selama-lamanya. 

Apabila mengenangkan kembali kenangan manis, pasti senyuman akan diukir dan kadangkala airmata akan mengalir keluar. Apabila diri berasa kesunyian, kenangan manis itulah menjadi peneman. 

Jadikan kenangan pahit itu satu titik perubahan dalam hidup. Jangan pandang ke belakang, teruskan langkah ke hadapan, kerana di hadapan itu suatu yang lebih baik dan elok menanti. Hiraukan kata2 mereka yang suka membuat andaian melulu, kerana itu akan menjadi pembakar semangat dalam hidup. 

Bila mengenangkan kembali kenangan manis, pasti merasakan mahu kembali pada masa itu, sedangkan masa yang sudah berlalu tidak akan kembali, sama juga dengan mati. 

Credit from this short film. Enjoy watching :)