Saturday, April 20, 2013

Cuti, Cuti Dan Cuti.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah syukur kita diberi ruang untuk terus melakukan kebaikan di muka bumi Allah ini.

Pada hari entri ini di muat naik, bermakna sudah seminggu saya menikmati cuti semester selama 8 minggu keseluruhannya. Memang tidak dinafikan, pada permulaan rasa seronok yang membara2 datang kerana tidak perlu hadap buku teks atau buku rujukan yang tebal2, tidak perlu fikir soal kuliah dan sebagainya.

Tapi, makin lama duduk diamkan diri di rumah, akan timbul satu perasaan secara tiba2 seperti tidak boleh dijangka iaitu B O S A N.

Jadi, ada yang mengambil peluang untuk mengisi masa BOSAN dengan K E R J A.  Ada yang bekerja di kedai2 runcit, supermarket, hypermarket dan ada yang bekerja satu tempat kerja dengan mak atau ayah.

Apa sahaja yang korang2 disana lakukan, pastikan kerja yang korang2 lakukan itu H A L A L supaya rezeki atau gaji yang korang2 dapat itu diberkati. KAP BA RO KAP ALIF TA NUN *senyum kambing*

Tak salah kalau nak duduk rumah aje sepanjang cuti semester ini. Baguslah, sekurang2nya dapat bantu mak di dapur, batu adik siapkan kerja sekolah, dan macam2 lagi. Tapi bila di rumah, jangan CURI TULANG. Tak elok, nanti masuk neraka tau *suara budak kecik* :D

Jadi, terpulang kepada diri sendiri apa yang nak buat sepanjang cuti semester ini. Kalau seminggu dua okay lagi, ini 2 BULAN beb. Heeeee. Semoga apa yang anda2 semua lakukan diberkati olehNya.

Semoga berjumpa lagi. :))))

PEACE ALWAYS :DDDDDDD

*xoxo publish*



No comments:

Post a Comment