Wednesday, April 17, 2013

Semester 4

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah bersua lagi kita. Dah lama jari jemari ini tak menaip dah muat naik entri dalam blog ini, maklumlah sibuk dengan urusan di kampus *senyum kambing* .

Alhamdulillah, sekarang saya sedang menikmati cuti semester selama 2 bulan. Satu tempoh yang agak panjang. Cuti yang diidam-idamkan oleh pelajar diploma UITM setelah berpulun-pulun belajar sampai tak tidur semalaman, sanggup stay up di library, di masjid dan sebagainya.

Ternyata semester ini adalah semester yang mencabar kekuatan diri, maklumlah subjek-subjeknya begitu kuat, strong dan yang sewaktu dengannya, sampai risau kena repeat semester depan, dengan komitmen terhadap kelab fakulti lagi. Kepenatan terserlah disitu *tetiba*.

Semester ini banyak program fakulti di luar kampus. Pengalaman baru mula ditimba. Dapat kenali komuniti luar dengan lebih dekat dan berkongsi ilmu yang ada. Bak kata orang lain, Sharing Is Caring kann *angkat kening*

Tinggal lagi 2 semester sebelum saya tamatkan pengajian diploma saya di UITM. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Terasa seperti berada di semester 1 pulak. Bila umur makin meningkat, pemikiran seharusnya sudah matang. Betul tak? *andai dapat ku undurkan putaran dunia #NowPlaying*

Harap kepada semua pelajar diploma UITM yang sedang bercuti untuk manfaatkan cuti yang diberi. Lakukan aktiviti berfaedah. *kerja*

Entri yang ringkas buat masa ini untuk dikongsi. Ada masa lagi saya akan kongsikan lagi buat tatapan anda semua. Semoga yang sedang membaca entri berada dalam keadaan sihat walafiat dan saya doakan anda2 semua berjaya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Next Entry --------------------> COMING SOON 

PEACE ALWAYS :)))))))))) 

*xoxo publish* 

No comments:

Post a Comment