Setelah hampir setahun rasanya tidak mengepos sesuatu dalam ini akhirnya jari jemari ini mahu menaip sesuatu.
Alhamdulillah. Akhirnya selama 3 tahun pengajian di UITM Kampus Alor Gajah dalam bidang Sistem Maklumat Perakaunan, dapat aku tamatkan dengan jayanya walaupun keputusan tidak cemerlang, dengan erti kata lain "grad on time". Apa lagi yang tidak menggembirakan bila melihat examination status dalam slip keputusan menunjukkan "COMPLETE". Syukur sangat-sangat. Dapat aku bergraduasi bersama rakan sekelas dan rakan satu batch. #ProudToBeDAIS. *tetiba*
Apa yang pasti aku merindui zaman diploma aku disana. Disana aku belajar untuk pertingkatkan sahsiah diri, bukan sahaja belajar dari aspek akademik. 3 tahun aku disana, macam-macam pengalaman manis dah pahit yang aku dapat. Pengalaman-pengalaman macam ini yang mengajar aku untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Kita mesti ingat bahawa Allah memberi peluang untuk kita hidup di muka bumi ini kerana mahu hambaNya memperbaiki kelemahan diri dan pertingkatkan dalaman kita supaya dapat kita harungi kehidupan di lain hari.
Kalau nak diceritakan soal rindu pada zaman diploma memang banyak. Kalau dibuat senarai di atas kertas memang panjang berjelalah jawabnya. Dari pertama kali aku jejakkan kaki ke UITM sampailah ke semester akhir. Boleh dikatakan setiap hari selama 3 tahun itu ada sahaja benda yang aku rindu walaupun sedikit.
Dari hari pertama sehingga hari terakhir aku di UITM, aku belajar untuk kenali seseorang, belajar perwatakan seseorang. Dari situ apa yang baik dari dia kita ikut, apa yang kurang baik dari dia jangan ikut. Walaupun tempoh 3 tahun itu satu tempoh yang panjang tetapi masa pantas berlalu sampai kita sendiri tidak sedar.
Memang tidak dinafikan akan ada kesilapan yang kita buat secara sedar mahupun tidak sedar, begitu juga dengan aku. Pernah juga aku buat salah dengan rakan sekelas, rakan satu batch, pensyarah, dan orang lain tetapi semua itu mengajar aku untuk perbaiki kesilapan aku dan mengajar aku untuk lebih bertanggugjawab.
***
Alhamdulillah. Aku tumpang gembira melihat kawan-kawan aku berjaya di luar sana. Aku harap korang takkan lupakan aku dan aku takkan lupakan korang sebab korang telah banyak bantu aku dari banyak aspek. Good luck for your future guys and girls.
FIGHTING!!!!!
p/s: rindu suasana bulan puasa dekat kampus. T___T
p/s: memandangkan tengah mood FIFA World Cup, meh aku belanja ini
No comments:
Post a Comment