Tuesday, November 27, 2012

Kenangan

Kenangan datang, Kenangan pergi. Yang penting, hidup kena teruskan dan biarlah kenangan itu disimpan dalam jiwa dan sanubari kita untuk selama-lamanya. 

Apabila mengenangkan kembali kenangan manis, pasti senyuman akan diukir dan kadangkala airmata akan mengalir keluar. Apabila diri berasa kesunyian, kenangan manis itulah menjadi peneman. 

Jadikan kenangan pahit itu satu titik perubahan dalam hidup. Jangan pandang ke belakang, teruskan langkah ke hadapan, kerana di hadapan itu suatu yang lebih baik dan elok menanti. Hiraukan kata2 mereka yang suka membuat andaian melulu, kerana itu akan menjadi pembakar semangat dalam hidup. 

Bila mengenangkan kembali kenangan manis, pasti merasakan mahu kembali pada masa itu, sedangkan masa yang sudah berlalu tidak akan kembali, sama juga dengan mati. 

Credit from this short film. Enjoy watching :) 


No comments:

Post a Comment