Sunday, February 12, 2012

Kehidupan Sebagai Pelajar Universiti dengan Pelajar Sekolah

Memang tidak dinafikan kehidupan di sekolah itu seronok, tetapi keseronokan yang diperolehi takkan dapat lebih dengan menyelami kehidupan sebagai pelajar universiti. Kalau hanya tengok pada perkataannya pun, dah boleh nampak perbezaannya. ")

Contoh yang paling senang, pelajar sekolah harus bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah. Kena bangun pukul 6 pagi (paling lewat bangun), pergi sekolah pada waktu pagi, balik sekolah dalam tengahari, waktu petang pulak keluar dengan kawan, malam pulak buat kerja sekolah. Kalau nak dilihat, benda itu sudah menjadi perkara biasa bagi pelajar sekolah.
Berbanding pula dengan pelajar universiti. Tak selalu ada kelas pagi, kadang2 ada kelas pun start tengahari, start kelas petang, takpun dalam sehari itu ada kelas pada waktu malam sahaja. Dipendekkan cerita, waktu kelasnya tak menentulah. Dipendekkan cerita lagi, takada perancangan yang sama sahaja.

Contoh lain yang boleh disentuh adalah pakaian. Kalau di sekolah, kenalah pakai baju uniform sekolah (dah lama sangat tak pakai. entah muat ke tidak. hmmmmm)
Kalau pelajar universiti, boleh pakai apa sahaja, asalkan nampak sopan dan sedap mata memandang. Tak perlu masukkan baju dalam seluar macam pakai baju uniform sekolah (kalau perlu pun, time pakai baju kemeja, itupun nak tak nak aje buat. hehehe)

Sebenarnya banyak lagi perbezaan kehidupan sebagai pelajau universiti dengan pelajar sekolah. Tetapi malas nak ulas lanjut (jangan tanya kenapa malas. hihihihi)

Okaylah. Cukuplah sampai disini. Jari ni pun dah letih menaip. Semoga berjumpa lagi

p/s: pagi2 buta dah post. nampak sangat belum tido lagi makhluk Allah ni. hmmmmmmm.