Thursday, May 31, 2012

Al-Quran - Sumber Penting Dalam Kehidupan

Assalamualaikum. 

Sudah lama kita tidak berjumpa kann. Dah lama sangat biarkan blog ni "berhabuk". Izinkan admin untuk "mengelap" blog ni sekejap. HEEE :D 

Sebenarnya admin ingin memperkenalkan satu blog yang boleh membawa manfaat bersama. Korang boleh melihat blognya disini. Blog ini menyediakan bacaan Al-Quran secara online, dimana korang boleh mendengar bacaan Al-Quran daripada Sheikh Saad Said Al-Ghamidi secara penuh 30 juzuk. 

Kalau misalnya korang rasa bosan asyik dengar lagu yang sama sahaja atau korang rasa ada masalah membebani diri korang, korang bolehlah mendengar bacaan Al-Quran dari beliau. Bagi yang ada masalah, insyaallah korang akan rasa tenang selepas itu. 

Antara kebaikan mendengar bacaan Al-Quran : 

Sabda Rasulullah s.a.w 
" Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat " (Riwayat Ahmad) 

Sabda Rasulullah s.a.w 
" Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca Al-Quran " (Riwayat al-Tirmizi) 

# Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian ibadat, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah 

# Membaca Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mujarab 

Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua yang bergelar muslim dan muslimat. Semoga Allah memberkati kehidupan seharian kita. 

:) 

p/s : Ya Allah, merdunya suara qari ni. *senyum sambil tutup mata*