Sunday, April 3, 2011

23 Mac 2011

23 Mac 2011. Tarikh ini akan saya ingat sampai bila-bila. Mengapa agaknya saya berkata sebegitu? Sebenarnya, pada tarikh tersebut, telah berlaku sesuatu yang saya tunggu-tunggu dalam hidup saya. Keputusan SPM telah diumumkan pada tarikh tersebut. Alhamdulillah. Saya telah memperoleh keputusan yang boleh dikatakan yang terbaik dalam diri saya. 

Tarikh: 23.3.2011. Masa: antara pukul 9.00 pagi hingga 11.45 pagi. Lokasi: SMK Taman Universiti 2 

Saya pergi ke sekolah seorang diri dengan membawa harapan yang saya akan memperoleh keputusan yang dapat membanggakan kedua ibubapa saya. Pada waktu itu, ibu saya sahaja yang berada di rumah, maklumlah ayah saya kerja, dua orang adik saya sekolah, jadi tinggal ibu saya seorang sahaja di rumah.  Perjalanan saya dari rumah ke sekolah mengambil masa dalam 10 hingga 20 minit. Tengah berjalan, teringat pula masa sekolah dahulu. Masa saya pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Memang tak dapat nak dilupakan. 

Bila sudah hampir sampai ke sekolah, saya terserempak dengan salah seorang kawan saya, namanya Zulfakar ataupun saya memanggilnya fakar. Pada mulanya, saya tidak berniat untuk masuk ke perkarangan sekolah dahulu, tapi apabila pengawal keselamatan sekolah yang saya kenali sebagai ummi (macam nama panggilan ibu saya pulak dekat rumah) melihat saya berada di pintu pagar sekolah macam menunggu seseorang, ummi terus mengajak saya untuk masuk ke perkarangan sekolah. Lantas, saya terus mengajak Fakar untuk masuk ke perkarangan sekolah bersama saya.    

Bila saya dan fakar mahu masuk ke perkarangan sekolah, anggapan saya yang pertama mengatakan akan ramai yang telah berada di sekolah untuk mengambil keputusan, tetapi anggapan saya salah sama sekali. Bila sudah masuk sahaja ke perkarangan sekolah, saya melihat tak sampai suku calon SPM yang datang. Mungkin masa saya datang awal sedikit, sebab tulah tak ramai calon SPM yang datang lagi. 

Masa yang ada saya peruntukkan untuk berjalan-jalan sekitar sekolah dengan fakar. Dari pemerhatian saya , tak banyak perubahan yang saya lihat di persekitaran sekolah. Tapi, itu tidak penting buat saya, yang penting keadaan sekolah itu masih kekal sama waktu hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah itu. 

Dah puas melihat satu sekolah, saya dan fakar duduk di pondok. Pada masa itu, saya dan fakar mengambil peluang untuk bertanya khabar sesama sendiri (maklumlah, kawan sejak sekolah rendah lagi). Pada masa itu jugak, masih tak ramai lagi calon SPM sekolah yang datang. Masa dah nak masuk pukul 10 pagi. 

Masa: antara pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. 

Slip keputusan SPM telah berada di tangan guru kelas tingkatan 5 tahun 2010. Masing-masing menunjukkan riak muka yang risau, takut, gementar dan sebagainya. Pada masa itu, apa yang saya fikirkan hanyalah yang saya telah buat yang terbaik, apa yang akan saya peroleh nanti saya akan redha dan akan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. 

Apabila tiba giliran saya untuk mengambil keputusan, perasaan berdebar-debar makin terasa. Apabila saya sudah terima keputusan saya, perkataan pertama yang saya lafazkan adalah alhamdulillah. Saya bersyukur dengan keputusan saya. 

Saya memperoleh 1A+,1A,3A-,1B+,1B,2C+. Dipendekkan cerita, saya memperoleh 5A,2B,2C. Satu keputusan yang saya rasakan dapat membanggakan ibubapa saya. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dengan pemberian Allah Subhanahu Wataala ini. 

Buat semua kawan-kawan saya yang sudah mengambil keputusan masing-masing, ucapan tahniah kepada semua. Bagi yang bernasib baik mahupun tidak, teruskan perjuangan anda untuk mengejar dan menggapai impian dan cita-cita anda pada masa akan datang. Diharapkan suatu hari nanti, kita semua akan dipertemukan semula dengan menceritakan kejayaan masing-masing dalam apa jua bidang yang diceburi kelak. Amin.... 

Nota: ucapan tahniah buat sepupu saya, Nur Shazana Abdullah atau panggilannya syasya atas keputusan SPM yang diperoleh. Kalau tak silap saya, dia memperoleh 5A,1B,2C,1D. Tahniah......

No comments:

Post a Comment