assalamualaikum, berjumpa lagi kita dalam laman blog ni.
alhamdulillah, sekarang ni dah masuk minggu ke 9 saya berada di UiTM Melaka ni. sedar tak sedar, tinggal 5 minggu lagi sebelum final exam. terasa cepat masa berlalu, mungkin terlalu seronok duk kat sini atau terlalu leka dengan quiz dan test yang makin banyak, berlambak dan bertambah. aduh, memang tak larat badan ni nak menghadap. tapi sebagai seorang pelajar yang bergelar mahasiswa, benda tu dah dikira 'makanan ruji' dalam kehidupan saya.
walaupun dah 2 sem berada disini, saya tidak lupakan sahabat2 lama yang sekarang ni telah selamat menyambung pelajaran mereka. ada yang kat politeknik, ada yang kat matrikulasi, ada yang masih 'bersekolah', ada jugak yang sama U dengan saya (tapi kat cawangan lainlah)
lega rasanya dapat khabar berita begini dari sahabat. saya pun tumpang gembiralah. apa2pun, semuanya dah bawa hala tuju masing2. harap2 apa yang mereka impikan dan kejarkan itu menjadi kenyataan suatu hari nanti.
insyaallah.
SALAM MUHIBBAH.
p/s: rindu kat ayah. :(
Monday, January 30, 2012
Tuesday, January 3, 2012
:( :( :(
Ya Allah, lindungilah ayahku dari sebarang bahaya yang akan menimpanya. Ya Allah, aku tidak sanggup melihat keadaan ayahku lagi. sembuhkanlah penyakit yang menimpa ayahku ini. aku merayu padaMu, Ya Allah.
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Amin.
p/s: rindu senyuman dan telatah ayah. :(
2012 :)
assalamualaikum. semoga korang yang sedang membaca sihat dan sejahtera. walaupun dah lambat, tapi saya tetap nak ucapkan selamat tahun baru masihi kepada semua. semoga 2012 ini menjadi titik permulaan untuk meningkatkan mutu amal ibadat kita kepada Yang Maha Esa. insyaallah.
azam??? kalau korang tanya kat saya, jawapan saya mudah. TIADA, kerana buat apa nak pasang azam banyak2 kalau kita sendiri tak dapat nak laksanakannya. kalau macam tu, baik takpayah pasang azam. hahaha.
tapi yang penting, baru saya sedar yang saya dahnak masuk 20an. terasa sekejap masa berlalu. sudah 19 tahun saya hidup di muka bumi Allah ini. macam2 benda yang saya harungi. manis ada, pahit pun ada. semuanya telah membuatkan saya makin kuat hadapi cabaran dan dugaan hidup ini. bak kata orang, kalau kita tidak diduga dengan halangan dan rintangan, bermakna tuhan tidak sayangkan kita.
jadi, RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL
peace yawwwww ^__^

Subscribe to:
Comments (Atom)