Tuesday, January 25, 2011

Kenangan (Pengawas)

Salam semua...
Dah lama saya tak letak entri dalam blog. Tak ada yang menarik yang saya ingin kongsikan. Baru sekarang hati ini terbuka nak letak sesuatu dalam blog saya ini.
Dah nak hampir sebulan saya tak ke sekolah. Maklumlah, saya sekarang ini sudah bergelar bekas pelajar SMK Taman Universiti 2. Walaupun dah menjadi bekas pelajar, tapi kenangan saya ketika saya bersekolah di sana selama 5 tahun itu tak dapat saya lupakan. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan tempuhi ketika saya bersekolah di sana. Agaknya apa khabar sekolah saya yea sekarang? Dalam hati ini rasa nak pergi semula ke sekolah, berpakaian baju seragam sekolah, beratur dengan rakan-rakan dalam satu baris dan yang paling saya ingin lakukan ialah berada di atas pentas dan memimpin bacaan doa perhimpunan. Kalau anda ingin tahu, ketika saya menjadi pengawas sekolah selama tiga tahun dari tingkatan tiga, saya seringkali memimpin bacaan doa perhimpunan. Boleh dikatakan setiap pagi sebab pada ketika itu tiada seorang pun yang ingin mengambil alih tugas saya itu. Kalau ada pun, mereka buat secara paksa rela bukan sukarela. Pernah sekali saya meminta seorang ahli pengawas tingkatan tiga pada masa itu,( kalau tak silap saya pada masa itu saya berada di tingkatan lima), untuk menggantikan tempat saya untuk memimpin bacaan doa tetapi dia tidak memunculkan diri pada keesokan harinya. Saya jadi kelam-kabut pada masa itu mencarinya. Manalah tahu dia sembunyi daripada saya. Dah puas mencari, waktu perhimpunan hampir bermula, jadi konklusinya ialah saya jugak yang memimpin bacaan doa pada ketika itu. Ramai yang bertanya kepada saya ketika itu, “mirul, ko tak nak cari kew pengganti tempat ko tuk bacaan doa nanti?” Saya menjawab “ dah puas aq cari, tapi tak de sorang pon nk ganti tempat aq nie. Penggantinye ade, tapi org tu mcm tak nak beri komitmem yg tinggilah tuk part aq nie” Jadi sekarang ini, saya tak tahu siapalah yang mengambil alih tugas saya untuk tahun 2011 ini. Kalau dulu, saya ada, yang lain tak perlulah risau. Tapi sekarang, bila saya dah habis sekolah, tak tahulah apa yang jadi.
Walau apapun, saya mendoakan yang terbaik untuk lembaga pengawas sekolah untuk tahun ini. Diharapkan matlamat sekolah untuk disiplin sifar sekolah, pada suatu hari nanti, akan jadi kenyataan. Insyaallah. Kepada bakal pemimpin tampuk kepimpinan lembaga pengawas sekolah untuk tahun ini, diharapkan agar anda semua dapat melaksanak tugas yang telah diamanahkan drngan penuh tekun dan berdedikasi.

p/s: agaknye sapelah yang jadi ketua pengawas tuk tahun nie yea?

No comments:

Post a Comment