Wednesday, February 2, 2011

Pergolakan Di Mesir

Assalamualaikum, salam sejahtera.
Baru-baru ini, seluruh dunia telah digemparkan dengan pergolakan yang berlaku di Mesir. Ramai penduduk tempatan di sana telah membuat perhimpunan beramai-ramai untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan tersebut di bawah pemerintahan Presiden Hosni Mubarak. Mereka di sana meminta agar pemimpin no. 1 Mesir itu untuk mengundurkan diri daripada tampuk kepimpinannya. Yang menjadi perbualan hangat sekarang, nasib 11,000 pelajar Malaysia di sana yang tidak menentu. Ramai waris di Malaysia khususnya telah menimbulkan rasa khuatir dan bimbang terhadap keadaan anak masing-masing di sana. Ramai waris meminta agar kerajaan Malaysia mengambil langkah yang sewajarnya untuk menghantar pulang pelajar Malaysia ini ke tanah air. 
Kini, pergolakan yang berlaku di sana masih tidak nampak titik noktahnya. Penunjuk perasaan yang terdiri daripada penduduk setempat semakin bertambah dan mereka masih tetap dengan pendirian mereka untuk menggulingkan tampuk kepimpinan Presiden Hosni Mubarak. Mereka ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka mengendahkan arahan pihak berkuasa untuk menghentikan perbuatan mereka yang boleh disifatkan sebagai manusia yang tidak bertamadun.
 Diharapkan agar semua pelajar Malaysia di sana tabah menjalani dugaan Allah ini dan diharapkan juga agar kerajaan Malaysia dapat mempercepatkan proses penghantaran pulang pelajar Malaysia ini dari Mesir. Insyaallah. 
p/s: buat sepupuku, Ira Hamdan, semoga akak selamat berada di sana. Diharapkan mirul dan keluarga di sini akan dapat mendengar khabar berita baik dari akak.

No comments:

Post a Comment