Tuesday, February 8, 2011

Pengantin + Jalan-Jalan 2

Ingat lagi tak entri blog ni yang bertajuk Pengantin + Jalan-Jalan? Kalau ingat, Alhamdulillah. Kali ni saya nak ceritakan apa yang berlaku dalam tajuk yang sama.
Pada hari ahad minggu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke satu lagi jemputan majlis perkahwinan di Rumah Alumni, UTM Johor. Suasananya amat meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai. Tetapi, saya tak mahu ceritakan mengenai apa yang berlaku di sepanjang majlis tersebut.
Yang saya ingin kongsikan ialah ole-ole atau buah tangan yang disediakan oleh tuan rumah.
Boleh dikatakan lain dari yang lain. Jarang saya melihat buah tangan yang saya dan keluarga perolehi.
Buah tangan yang saya maksudkan ialah ini:
    
Pada mulanya, saya anggap isi dalam kotak ni hanyalah kek. Mana taknya, atas kotak tu tertulis kek dan kafe ibu. Dengan rasa excited nya, adik saya pun terus buka kotak ni dalam kereta waktu perjalanan balik. Dan, dalam kotak ni ada: 
        
Ada coklat dan kek lapis rupanya. Yang membuatkan saya rasa teruja, bentuk coklatnya yang cantik. Rasa sayang pulak nak makan sebab bentuknya yang cantik. Ada bentuk daun dan bunga. Selama ni, saya hanya melihat coklat sebegini rupa dalam televisyen saja. Bukan senang nak cari coklat sebegini dijual di kedai-kedai supermarket. Kalau nak miliki jugak, saya pun kurang pasti mana tempat yang menjual coklat sebegini rupa. Yang pasti, rasanya memang sedap. Tak payah makan, tengok je pun dah rasa sedap coklat ni.

No comments:

Post a Comment