Tuesday, November 27, 2012

Kenangan

Kenangan datang, Kenangan pergi. Yang penting, hidup kena teruskan dan biarlah kenangan itu disimpan dalam jiwa dan sanubari kita untuk selama-lamanya. 

Apabila mengenangkan kembali kenangan manis, pasti senyuman akan diukir dan kadangkala airmata akan mengalir keluar. Apabila diri berasa kesunyian, kenangan manis itulah menjadi peneman. 

Jadikan kenangan pahit itu satu titik perubahan dalam hidup. Jangan pandang ke belakang, teruskan langkah ke hadapan, kerana di hadapan itu suatu yang lebih baik dan elok menanti. Hiraukan kata2 mereka yang suka membuat andaian melulu, kerana itu akan menjadi pembakar semangat dalam hidup. 

Bila mengenangkan kembali kenangan manis, pasti merasakan mahu kembali pada masa itu, sedangkan masa yang sudah berlalu tidak akan kembali, sama juga dengan mati. 

Credit from this short film. Enjoy watching :) 


Saturday, June 30, 2012

Semester 3

Assalamualaikum

Alhamdulillah jari-jemari tangan ini diberi kekuatan untuk menapi huruf-huruf yang terdapat pada papan kekunci laptop ini. Sudah lama rasanya tidak mengepos sesuatu dalam laman blog ini. :D 

Baiklah. Alhamdulillah, sudah hampir tiga minggu saya berada di UiTM Melaka. Proses pembelajarannya berjalan dengan lancar, tapi bohonglah kalau cakap yang semua benda tu senang. Misalnya, macam course yang saya amek ni. Diploma Sistem Maklumat Perakaunan. Bila semak subjek yang kena amek, nampak macam senang, tapi bila dah dua minggu belajar, memang ada yang susah. 

Tapi bak kata orang, kita perlu hadapi keSUSAHan itu, baru boleh merasai keSENANGannya. Okayy. Antara subjek yang saya amek sem 3 ini ialah: 

AIS220 - Principle of Database System
AIS200 - Introduction of Accounting Information System
BEL311 - English for Academic Purposes
CTU151 - Islamic Though and Civilization
MAF220 - Cost Accounting 1 
FAR200 - Financial Accounting 3 
HBU132 - Civil Defence 3 

Haaaa, tu dia. Subjek AIS ada dua, Subjek akaun pun ada dua. Kalau dilihat jadual, boleh nak kata pack, sebab saya tak ada banyak masa rehat, kalau ada pun, dalam sejam lebih. 

Tambahan pulak, pergi kelas takde kenderaan. Tapi kadang2 pernah bodek kawan pinjam moto, tapi tak selalulah. Kadang2 minta tumpang sekali naik kereta, maklumlah penat katakan. *LOL* 

Tapi yang sedihnya, sampai sekarang tak dapat balik berjumpa keluarga, maklumlah ada komitmen yang perlu dilaksanakan. Setakat ni dah minggu ketiga. Minggu ketiga ni tak dapat balik sebab ada event Fakulti, Minggu depan pulak sama, tak dapat balik sebab ada event lagi, Minggu depan punya depan pun tak dapat balik sebab khabarnya ada Common Test. 

Kadang2 bila suasana sepi aje, fikiran ini mesti teringatkan keluarga. Bila melihat kawan-kawan yang lain dapat peluang balik, saya hanya perhati gerak mereka. Kalaulah diberi peluang untuk balik, sekarang jugak saya balik. 

Tapi bak kata orang, hidup perlukan PENGORBANAN. Mungkin ada kebaikannya disebalik semua ini. 

Baiklah, jari ini pun sudah penat menaip. Kena bagi rehat jari ini, kalau sakit, payah jugak nanti. Semoga kita berjumpa lagi. 

S.A.L.A.M

p/s: rindu keluarga dekat skudai. huuuu :( 

Thursday, May 31, 2012

Al-Quran - Sumber Penting Dalam Kehidupan

Assalamualaikum. 

Sudah lama kita tidak berjumpa kann. Dah lama sangat biarkan blog ni "berhabuk". Izinkan admin untuk "mengelap" blog ni sekejap. HEEE :D 

Sebenarnya admin ingin memperkenalkan satu blog yang boleh membawa manfaat bersama. Korang boleh melihat blognya disini. Blog ini menyediakan bacaan Al-Quran secara online, dimana korang boleh mendengar bacaan Al-Quran daripada Sheikh Saad Said Al-Ghamidi secara penuh 30 juzuk. 

Kalau misalnya korang rasa bosan asyik dengar lagu yang sama sahaja atau korang rasa ada masalah membebani diri korang, korang bolehlah mendengar bacaan Al-Quran dari beliau. Bagi yang ada masalah, insyaallah korang akan rasa tenang selepas itu. 

Antara kebaikan mendengar bacaan Al-Quran : 

Sabda Rasulullah s.a.w 
" Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat " (Riwayat Ahmad) 

Sabda Rasulullah s.a.w 
" Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca Al-Quran " (Riwayat al-Tirmizi) 

# Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian ibadat, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah 

# Membaca Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mujarab 

Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua yang bergelar muslim dan muslimat. Semoga Allah memberkati kehidupan seharian kita. 

:) 

p/s : Ya Allah, merdunya suara qari ni. *senyum sambil tutup mata* 







Friday, April 20, 2012

=="

bermula dari tarikh entri ini dikeluarkan, tinggal 7 hari lagi sebelum keputusan peperiksaan akhir semester ini keluar. makin berdebar-debar rasanya. usah ingatkan balik apa yang kita sudah lakukan masa peperiksaan akhir tempoh hari. yang penting sekarang, hanya mampu berdoa agar Allah dapat berikan yang terbaik untuk diri kita.
kalau dah usaha dan berdoa, sekarang hanya tawakkal ajelah.

USAHA + DOA + TAWAKKAL = _________________
*pandai2lah anda semua memikirkan jawapannya 

p/s :: rasa sekejap sahaja masa berlalu. :) 

Friday, March 23, 2012

PART 2 :)

syukran jazilan. akhirnya pengajianku disini untuk semester 2 akan berakhir. macam-macam pengalaman baru ditimba dalam semester ini. pengalaman menjadi classrep, pengalaman menghadapi 1001 kerenah classmate dan macam-macam lagi.

yang tidak boleh dilupakan, pertama kali diadakan event kelas, hasil kerjasama semua classmate beserta lecturer yang baik hati menjadi penaja ulung bagi event ni.

tidak dilupakan jugak, pertama kali menyandang jawatan dalam kelab, iaitu jawatan Exco Pembangunan Insan *kira macam Biro Kerohanian. sejujurnya, hamba Allah ini tidak tahu apa-apa mengenai tugas exco ni. tetapi hamba Allah ini berfikiran positif. perkara ini boleh menjadi satu cabaran baru untuk meningkatkan keyakinan diri apabila sudah tamat pengajian diplomaku nanti.

rasa-rasa cukuplah sampai disini. otak pun tak boleh nak fikir. dugaan Allah. terima ajelah. :)

*cuti 2 bulan nak buat apa yeee????? hehehe

Sunday, March 4, 2012

Sweet Escape Forever

                

dengan video sebegini dapat mengingatkan memori yang paling berharga yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. 

Sweet Escape BBQ D'AIS 2D
1 March 2012 
Pengkalan Balak 


Korang semua TERBAIKLAHHHHHH. :D 

Sunday, February 12, 2012

Kehidupan Sebagai Pelajar Universiti dengan Pelajar Sekolah

Memang tidak dinafikan kehidupan di sekolah itu seronok, tetapi keseronokan yang diperolehi takkan dapat lebih dengan menyelami kehidupan sebagai pelajar universiti. Kalau hanya tengok pada perkataannya pun, dah boleh nampak perbezaannya. ")

Contoh yang paling senang, pelajar sekolah harus bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah. Kena bangun pukul 6 pagi (paling lewat bangun), pergi sekolah pada waktu pagi, balik sekolah dalam tengahari, waktu petang pulak keluar dengan kawan, malam pulak buat kerja sekolah. Kalau nak dilihat, benda itu sudah menjadi perkara biasa bagi pelajar sekolah.
Berbanding pula dengan pelajar universiti. Tak selalu ada kelas pagi, kadang2 ada kelas pun start tengahari, start kelas petang, takpun dalam sehari itu ada kelas pada waktu malam sahaja. Dipendekkan cerita, waktu kelasnya tak menentulah. Dipendekkan cerita lagi, takada perancangan yang sama sahaja.

Contoh lain yang boleh disentuh adalah pakaian. Kalau di sekolah, kenalah pakai baju uniform sekolah (dah lama sangat tak pakai. entah muat ke tidak. hmmmmm)
Kalau pelajar universiti, boleh pakai apa sahaja, asalkan nampak sopan dan sedap mata memandang. Tak perlu masukkan baju dalam seluar macam pakai baju uniform sekolah (kalau perlu pun, time pakai baju kemeja, itupun nak tak nak aje buat. hehehe)

Sebenarnya banyak lagi perbezaan kehidupan sebagai pelajau universiti dengan pelajar sekolah. Tetapi malas nak ulas lanjut (jangan tanya kenapa malas. hihihihi)

Okaylah. Cukuplah sampai disini. Jari ni pun dah letih menaip. Semoga berjumpa lagi

p/s: pagi2 buta dah post. nampak sangat belum tido lagi makhluk Allah ni. hmmmmmmm.

Monday, January 30, 2012

5 more weeks

assalamualaikum, berjumpa lagi kita dalam laman blog ni.

alhamdulillah, sekarang ni dah masuk minggu ke 9 saya berada di UiTM Melaka ni. sedar tak sedar, tinggal 5 minggu lagi sebelum final exam. terasa cepat masa berlalu, mungkin terlalu seronok duk kat sini atau terlalu leka dengan quiz dan test yang makin banyak, berlambak dan bertambah. aduh, memang tak larat badan ni nak menghadap. tapi sebagai seorang pelajar yang bergelar mahasiswa, benda tu dah dikira 'makanan ruji' dalam kehidupan saya.

walaupun dah 2 sem berada disini, saya tidak lupakan sahabat2 lama yang sekarang ni telah selamat menyambung pelajaran mereka. ada yang kat politeknik, ada yang kat matrikulasi, ada yang masih 'bersekolah', ada jugak yang sama U dengan saya (tapi kat cawangan lainlah)

lega rasanya dapat khabar berita begini dari sahabat. saya pun tumpang gembiralah. apa2pun, semuanya dah bawa hala tuju masing2. harap2 apa yang mereka impikan dan kejarkan itu menjadi kenyataan suatu hari nanti.

insyaallah.

SALAM MUHIBBAH.

p/s: rindu kat ayah. :(

Tuesday, January 3, 2012

:( :( :(


Ya Allah, lindungilah ayahku dari sebarang bahaya yang akan menimpanya. Ya Allah, aku tidak sanggup melihat keadaan ayahku lagi. sembuhkanlah penyakit yang menimpa ayahku ini. aku merayu padaMu, Ya Allah.

sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Amin.

p/s: rindu senyuman dan telatah ayah. :(

2012 :)

assalamualaikum. semoga korang yang sedang membaca sihat dan sejahtera. walaupun dah lambat, tapi saya tetap nak ucapkan selamat tahun baru masihi kepada semua. semoga 2012 ini menjadi titik permulaan untuk meningkatkan mutu amal ibadat kita kepada Yang Maha Esa. insyaallah.

azam??? kalau korang tanya kat saya, jawapan saya mudah. TIADA, kerana buat apa nak pasang azam banyak2 kalau kita sendiri tak dapat nak laksanakannya. kalau macam tu, baik takpayah pasang azam. hahaha.

tapi yang penting, baru saya sedar yang saya dahnak masuk 20an. terasa sekejap masa berlalu. sudah 19 tahun saya hidup di muka bumi Allah ini. macam2 benda yang saya harungi. manis ada, pahit pun ada. semuanya telah membuatkan saya makin kuat hadapi cabaran dan dugaan hidup ini. bak kata orang, kalau kita tidak diduga dengan halangan dan rintangan, bermakna tuhan tidak sayangkan kita.

jadi, RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

peace yawwwww ^__^