Monday, December 26, 2011

Cuti..........

assalamualaikum. dah lama tak tengok blog sendiri, tengok blog lain saya pandai. hahahahaha. apa2pun, sekarang nie, saya sedang bercuti pertengahan semester selama seminggu. Cuti kali nie boleh nak kata bosan, boleh nak kata tak, sebab bila saya balik rumah, akan ada kerja2 yang telah atau akan dilakukan oleh saya.

Misalnya, pergi beli barang, hantar barang ayah tertinggal di rumah dan sebagainya. Maklumlah, di rumah saya telah digelar "rider". HAHAHAHA.

Fuhhh. tapi yang sedihnya, ayah saya kurang sihat. Sakitnya dah melarat. Sayu hati nie melihat ayah tak selesa setiap hari. Terasa nak menangis pun ada melihat ayah, tapi sebagai seorang lelaki, kenalah kuat fizikal dan mental untuk harungi semua dugaan nie. Harap2 sebelum cuti pertengahan semester saya nie habis, dapatlah tengok ayah saya aktif seperti dahulu and dapat lakukan aktiviti hariannya dengan mudah. Anak mana yang tak sayangkan ayah kannn. :).

Insyaallah saya akan kembali aktif dalam blog nie sekiranya ada cerita2 menarik yang saya rasa ingin berkongsi dengan anda semua

salam muhibbah

peace yawww ^___^

Monday, November 21, 2011

New Semester, New Life

salam buat pembaca blog nie. dah lama tak update blog nie gara2 sibuk dengan urusan daftar masuk temph hari (20.11.2011)
apa2pun, rasa bersyukur sangat2 dapat meneruskan pengajian tuk sem 2 nie. ingatkan sampai disini saje perjuangan hidup aku, rupa2nya ada sambungannya #dah macam drama tv pulak bersambung. hehehe.
aku harap sem nie dapat buat yang terbaik sebab aku ada dengar citer yang subjek2 yang aku amek tuk sem nie agak berat jugak.
tapi aku tetap harunginya dengan sabar dan tenang. harap2 semuanya berjalan lancar. amin.

#peace yawwww ^_^

Friday, October 21, 2011

All In One (3)

Ini adalah sambungan daripada entri yang bertajuk All In One (1) dan All In One (2). Mungkin ada yang dapat catchup apa yang saya cuba sampaikan. Ok. Sekarang ni, saya akan tunjukkan secara terperinci setiap 'isi' yang ada didalamnya. Harap-harap korang yang membaca dah dapat meneka apakah bendanya itu. 








Haaaa. Sekarang boleh tak teka apakah itu??? rasa-rasanya tak payah kot saya nak beri jawapannya, sebab jawapannya dah sedia ada kat atas ni.


#TAMMAT


p/s: dah macam cerita dulu punya ending lah pulak......hehehe

Thursday, October 20, 2011

All In One (2)

Ini adalah sambungan daripada entri yang bertajuk All In One (1) [kalau korang nak tengok entri ni, korang boleh klik kat nama entri ni] Ok. Mungkin ada antara pembaca blog ni yang tak dapat meneka apakah bendanya itu. (kalau ada yang dapat menekanya, alhamdulillah) Kalau ada yang tak dapat meneka apakah itu, saya akan tunjukkan 'isi' dalamnya


Agaknya korang boleh teka tak setiap 'isi' yang ada dalam gambar diatas??? Kalau masih tak dapat jugak meneka, saya telah keluarkan 'isi' dalamnya untuk tatapan korang.
Ini dia 

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa ada bentuk segitiga, kenapa ada bentuk segiempat dalam gambar ni. Jawapannya.................

#bersambung

p/s: rindu kawan lama........huhuhu

Wednesday, October 19, 2011

All In One (1)

Assalamualaikum
Baru2 ni saya telah menjumpai sesuatu yang agak menarik. Benda ni boleh dikira macam limited edition sebab korang mungkin takkan dapat jumpa benda ni kat kedai atau dimana2 pun. .
Benda yang saya maksudkan ialah


Agaknya korang tau tak apakah ini????? 

#bersambung 


p/s: kenyang tadi makan mee soto......hehehe

Monday, October 10, 2011

Permulaan

Cuaca hari ini hujan + guruh + kilat. Ingatkan dapat tolong hantar akak g kerja, tapi niat tu terpaksa dibatalkan. Masuk harini dah masuk minggu pertama cuti semester selepas penat lelah berstruggle belajar di UiTM untuk FINAL EXAM. Actually, sebelum cuti sem, saya dah plan macam-macam, tapi bila dah masuk musim cuti sem ni, rasa macam malas SIKIT nak laksanakan plan tu..........huhuhuhuhu.

Apa2pun, saya teringin nak ke sekolah lama saya balik, berjumpa dengan guru2 dan pelajar2nya yang seribu satu macam kerenah,dan yang penting, berjumpa dengan kawan2 lama........rindu semuanya......huhuhuhu.

Harap2 apa yang saya plan tu akan dapat dilakukan sebelum habis cuti sem selama 6 minggu ni......insyaallah

Thursday, October 6, 2011

Akhirnya

Alhamdulillah
Peperiksaan akhir untuk semester ini telah saya jalani dengan lancar
Ada yang senang, ada yang susah
Tapi apakan daya, itu sahaja usaha yang dapat saya lakukan
Harap2 bila tengok keputusan nanti, dapatlah memuaskan hati ini
Apa2pun sekarang ini dalam kepala otak ini memikirkan keluarga di Johor
Hmmmmmmm
Banyak juga kenangan yang terindah, yang tak berapa indah, sepanjang satu sem berada kat sini
Harap2 dapat jumpa lagi diaorang pada sem akan datang
Apa2pun, ucapan dari saya....

SELAMAT BERCUTI................

p/s: rasa sedih pulak tetiba.....hehehe

Thursday, September 29, 2011

.................... (2)

alhamdulillah
tinggal dua minggu lagi sebelum semester pertama ini berakhir
terasa cepat masa berlalu
yelah, dah namanya pun UiTM, tempoh belajarnya pun tak lama; 5 bulan aje, tak macam u yang lain
sekarang masih dalam mood FINAL EXAM
tinggal 3 paper lagi, subjek2nya pun berat2 belaka
apa2 pun, usaha dan tawakal dan doa dari semua,
KEJAYAAN menanti......
insyaAllah..........

buat ayahanda dan bonda tercinta, doakan anakandamu ini berjaya disini.

p/s: tak sabar nak jumpa kawan lama...........hehehe

Wednesday, September 14, 2011

...........................

semalam merupakan antara hari yang cukup memenatkan. dapat berpeluang berkunjung ke rumah kawan, dapat berjalan-jalan di Bandar Melaka. walaupun rasa sekejap sahaja masa berlalu, tetapi itu semua dapat memuaskan hati ini. terima kasih semua. harap-harap dapat dilakukan lagi.

p/s: untuk melihat gambarnya, akan saya upload kan dalam blog ini akan datang. tunggu......................

Saturday, July 16, 2011

My Story.....

Assalamualaikum.... 
Sudah lama hamba Allah ini tidak mengupdate laman blog ini. Maklumlah, tiada masa kerana sibuk dengan tugasan yang diperoleh.... 
Alhamdulillah...... 
Hamba Allah ini telah melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Uitm Melaka..... 
Mengambil bidang DAIS (Diploma in Accounting Information System)........ 
Setakat ni, boleh tahan........
Kalau nak kata tugasan tak banyak pun boleh dikira banyak..... 
Tapi hamba Allah ini tabah........
Kerana itulah ujian yang Allah turunkan kepada hamba Allah ini......... 
Walaupun pada hakikatnya, pernah rasa putus asa...  
Kalau tak ada apa-apa cabaran dan dugaan di universiti, itu bukanlah universiti namanya........ 
Dengan bantuan rakan-rakan dan berkat doa dari ibu bapa serta doa orang di sekeliling hamba Allah ini......
InsyaAllah...............................................



Sunday, April 3, 2011

23 Mac 2011

23 Mac 2011. Tarikh ini akan saya ingat sampai bila-bila. Mengapa agaknya saya berkata sebegitu? Sebenarnya, pada tarikh tersebut, telah berlaku sesuatu yang saya tunggu-tunggu dalam hidup saya. Keputusan SPM telah diumumkan pada tarikh tersebut. Alhamdulillah. Saya telah memperoleh keputusan yang boleh dikatakan yang terbaik dalam diri saya. 

Tarikh: 23.3.2011. Masa: antara pukul 9.00 pagi hingga 11.45 pagi. Lokasi: SMK Taman Universiti 2 

Saya pergi ke sekolah seorang diri dengan membawa harapan yang saya akan memperoleh keputusan yang dapat membanggakan kedua ibubapa saya. Pada waktu itu, ibu saya sahaja yang berada di rumah, maklumlah ayah saya kerja, dua orang adik saya sekolah, jadi tinggal ibu saya seorang sahaja di rumah.  Perjalanan saya dari rumah ke sekolah mengambil masa dalam 10 hingga 20 minit. Tengah berjalan, teringat pula masa sekolah dahulu. Masa saya pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Memang tak dapat nak dilupakan. 

Bila sudah hampir sampai ke sekolah, saya terserempak dengan salah seorang kawan saya, namanya Zulfakar ataupun saya memanggilnya fakar. Pada mulanya, saya tidak berniat untuk masuk ke perkarangan sekolah dahulu, tapi apabila pengawal keselamatan sekolah yang saya kenali sebagai ummi (macam nama panggilan ibu saya pulak dekat rumah) melihat saya berada di pintu pagar sekolah macam menunggu seseorang, ummi terus mengajak saya untuk masuk ke perkarangan sekolah. Lantas, saya terus mengajak Fakar untuk masuk ke perkarangan sekolah bersama saya.    

Bila saya dan fakar mahu masuk ke perkarangan sekolah, anggapan saya yang pertama mengatakan akan ramai yang telah berada di sekolah untuk mengambil keputusan, tetapi anggapan saya salah sama sekali. Bila sudah masuk sahaja ke perkarangan sekolah, saya melihat tak sampai suku calon SPM yang datang. Mungkin masa saya datang awal sedikit, sebab tulah tak ramai calon SPM yang datang lagi. 

Masa yang ada saya peruntukkan untuk berjalan-jalan sekitar sekolah dengan fakar. Dari pemerhatian saya , tak banyak perubahan yang saya lihat di persekitaran sekolah. Tapi, itu tidak penting buat saya, yang penting keadaan sekolah itu masih kekal sama waktu hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah itu. 

Dah puas melihat satu sekolah, saya dan fakar duduk di pondok. Pada masa itu, saya dan fakar mengambil peluang untuk bertanya khabar sesama sendiri (maklumlah, kawan sejak sekolah rendah lagi). Pada masa itu jugak, masih tak ramai lagi calon SPM sekolah yang datang. Masa dah nak masuk pukul 10 pagi. 

Masa: antara pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. 

Slip keputusan SPM telah berada di tangan guru kelas tingkatan 5 tahun 2010. Masing-masing menunjukkan riak muka yang risau, takut, gementar dan sebagainya. Pada masa itu, apa yang saya fikirkan hanyalah yang saya telah buat yang terbaik, apa yang akan saya peroleh nanti saya akan redha dan akan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. 

Apabila tiba giliran saya untuk mengambil keputusan, perasaan berdebar-debar makin terasa. Apabila saya sudah terima keputusan saya, perkataan pertama yang saya lafazkan adalah alhamdulillah. Saya bersyukur dengan keputusan saya. 

Saya memperoleh 1A+,1A,3A-,1B+,1B,2C+. Dipendekkan cerita, saya memperoleh 5A,2B,2C. Satu keputusan yang saya rasakan dapat membanggakan ibubapa saya. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dengan pemberian Allah Subhanahu Wataala ini. 

Buat semua kawan-kawan saya yang sudah mengambil keputusan masing-masing, ucapan tahniah kepada semua. Bagi yang bernasib baik mahupun tidak, teruskan perjuangan anda untuk mengejar dan menggapai impian dan cita-cita anda pada masa akan datang. Diharapkan suatu hari nanti, kita semua akan dipertemukan semula dengan menceritakan kejayaan masing-masing dalam apa jua bidang yang diceburi kelak. Amin.... 

Nota: ucapan tahniah buat sepupu saya, Nur Shazana Abdullah atau panggilannya syasya atas keputusan SPM yang diperoleh. Kalau tak silap saya, dia memperoleh 5A,1B,2C,1D. Tahniah......

Thursday, March 10, 2011

SPM.....

Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat semuanya. 

Bulan ni dah masuk bulan yang ketiga dalam tahun 2011. Bila dah sampai bulan ni, yang menjadi perhatian sekarang adalah bila agaknya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan. Masing-masing menunjukkan perasaan gementar, takut dan bercampur aduk perasaannya apabila menunggu tarikh keputusan SPM diumumkan menerusi televisyen mahupun radio dan surat khabar. Kebiasaannya tarikh tersebut akan diumumkan seminggu sebelum keputusan SPM diumumkan. Sampai sekarang belum keluar apa-apa kenyataan berhubung perkara ni.  

Sekiranya keputusan SPM diumumkan cepat ataupun lewat, yang penting kita akan dapat mengetahui keputusannya setelah menempuh alam persekolahan menengah selama 5 tahun. Apabila masanya tiba nanti, kita hanya boleh tawakkal dan berpuas hati dengan apa yang telah kita usahakan. Harap-harap nanti semua yang akan mengambil keputusan akan reda dan terima dengan hati yang terbuka hasil usaha penat lelah kita sepanjang kita bersekolah menengah selama 5 tahun. 

Insyaallah.....

Tuesday, February 8, 2011

Pengantin + Jalan-Jalan 2

Ingat lagi tak entri blog ni yang bertajuk Pengantin + Jalan-Jalan? Kalau ingat, Alhamdulillah. Kali ni saya nak ceritakan apa yang berlaku dalam tajuk yang sama.
Pada hari ahad minggu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke satu lagi jemputan majlis perkahwinan di Rumah Alumni, UTM Johor. Suasananya amat meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai. Tetapi, saya tak mahu ceritakan mengenai apa yang berlaku di sepanjang majlis tersebut.
Yang saya ingin kongsikan ialah ole-ole atau buah tangan yang disediakan oleh tuan rumah.
Boleh dikatakan lain dari yang lain. Jarang saya melihat buah tangan yang saya dan keluarga perolehi.
Buah tangan yang saya maksudkan ialah ini:
    
Pada mulanya, saya anggap isi dalam kotak ni hanyalah kek. Mana taknya, atas kotak tu tertulis kek dan kafe ibu. Dengan rasa excited nya, adik saya pun terus buka kotak ni dalam kereta waktu perjalanan balik. Dan, dalam kotak ni ada: 
        
Ada coklat dan kek lapis rupanya. Yang membuatkan saya rasa teruja, bentuk coklatnya yang cantik. Rasa sayang pulak nak makan sebab bentuknya yang cantik. Ada bentuk daun dan bunga. Selama ni, saya hanya melihat coklat sebegini rupa dalam televisyen saja. Bukan senang nak cari coklat sebegini dijual di kedai-kedai supermarket. Kalau nak miliki jugak, saya pun kurang pasti mana tempat yang menjual coklat sebegini rupa. Yang pasti, rasanya memang sedap. Tak payah makan, tengok je pun dah rasa sedap coklat ni.

Sunday, February 6, 2011

Pengantin + Jalan-Jalan

Hmmm.... agaknya apakah cerita yang saya nak kongsikan ya? Maklumlah, saya wujudkan laman blog saya ni untuk berkongsi apa yang saya telah, pernah dan akan saya lakukan.
Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke sebuah majlis undangan perkahwinan di Taman Universiti. Lokasi yang paling tepat di Jalan Kejayaan. Yang membuatkan saya tertarik dengan undangan kali ni, pihak tuan rumah telah menjemput kumpulan tarian kuda kepang untuk menyerikan lagi majlis tersebut. Sempat jugalah saya melihatnya, walaupun sekejap. Yalah, jarang saya melihat majlis undangan perkahwinan diserikan dengan persembahan kumpulan tarian kuda kepang. Selama ni, saya hanya menontonnya menerusi televisyen saja, dah dapat peluang di depan mata, alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan rumah atas kesudian mengundang saya sekeluarga ke majlis tersebut.
Dah lepas makan nasi pengantin bak kata mak saya, saya sekeluarga apa lagi, jalan-jalanlah kejap. Pada mulanya saya fikir macam nak balik rumah, yalah, ayah saya memang jarang bawa kami sekeluarga ni jalan-jalan, maklumlah ada masa ayah saya sihat, ada masa pula ayah saya sakit. Bila dah dapat peluang macam ni, saya pun tak mahu lepaskan peluang. Bila semua orang dalam kereta masa tu mengetahui niat ayah saya itu, terus terpancar muka ceria yang teramat sangat (teramat sangat ke?) 
Lokasi pertama ialah di Kedai Kain Jakel Trading di Taman Tampoi Indah. Tujuan kami ke sana untuk mencari kain sekolah warna meroon untuk adik perempuan saya, katanya untuk uniform pustakawan sekolah a.k.a. pengawas pusat sumber bak kata adik saya tu. Keadaan di sana macam biasa, ada pengunjung yang datang membeli. Pada masa yang sama, kami juga sempat membeli kain untuk dibuat baju melayu untuk ayah saya, adik lelaki saya dan saya sendiri. Dah selesai membeli kain di Jakel, kami terus ke lokasi kedua.
Lokasi kedua pulak di Kip Mart. Kami ke sana hanya jalan kaki saja, yalah lokasi antara Jakel dengan Kip Mart, tak berapa jauh, dalam beberapa tapak sampailah. Saya pulak kena angkut beg plastic berisi kain yang baru dibeli di Jakel. Sampai saja di sana, kami pun jalanlah. Sempat juga tengok apa yang sedang berlaku di sana. Ada kedai yang tutup, maklumlah cuti tahun baru cina. Tetapi, pengunjungnya di sana boleh tahan. Ramai juga pengunjung. Sempat juga beli barang seperti ikan, daging dan yang tidak dilupakan, buah limau. Maklumlah, sambutan tahun baru cina ni boleh dikatakan sinonim dengan buah limau.
Selesai berjalan, kami pun pulang ke rumah. Suatu perjalanan yang boleh dikatakan memenatkan tapi hati ni puas dan kami satu keluarga gembira. Peluang cuti yang diberikan digunakan dengan sepenuhnya. Terima kasih ayah. 
p/s: rindunya kat kawan2. Agaknya apa khabar mereka ya sekarang?

Wednesday, February 2, 2011

Pergolakan Di Mesir

Assalamualaikum, salam sejahtera.
Baru-baru ini, seluruh dunia telah digemparkan dengan pergolakan yang berlaku di Mesir. Ramai penduduk tempatan di sana telah membuat perhimpunan beramai-ramai untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan tersebut di bawah pemerintahan Presiden Hosni Mubarak. Mereka di sana meminta agar pemimpin no. 1 Mesir itu untuk mengundurkan diri daripada tampuk kepimpinannya. Yang menjadi perbualan hangat sekarang, nasib 11,000 pelajar Malaysia di sana yang tidak menentu. Ramai waris di Malaysia khususnya telah menimbulkan rasa khuatir dan bimbang terhadap keadaan anak masing-masing di sana. Ramai waris meminta agar kerajaan Malaysia mengambil langkah yang sewajarnya untuk menghantar pulang pelajar Malaysia ini ke tanah air. 
Kini, pergolakan yang berlaku di sana masih tidak nampak titik noktahnya. Penunjuk perasaan yang terdiri daripada penduduk setempat semakin bertambah dan mereka masih tetap dengan pendirian mereka untuk menggulingkan tampuk kepimpinan Presiden Hosni Mubarak. Mereka ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka mengendahkan arahan pihak berkuasa untuk menghentikan perbuatan mereka yang boleh disifatkan sebagai manusia yang tidak bertamadun.
 Diharapkan agar semua pelajar Malaysia di sana tabah menjalani dugaan Allah ini dan diharapkan juga agar kerajaan Malaysia dapat mempercepatkan proses penghantaran pulang pelajar Malaysia ini dari Mesir. Insyaallah. 
p/s: buat sepupuku, Ira Hamdan, semoga akak selamat berada di sana. Diharapkan mirul dan keluarga di sini akan dapat mendengar khabar berita baik dari akak.

Tuesday, January 25, 2011

Kenangan (Pengawas)

Salam semua...
Dah lama saya tak letak entri dalam blog. Tak ada yang menarik yang saya ingin kongsikan. Baru sekarang hati ini terbuka nak letak sesuatu dalam blog saya ini.
Dah nak hampir sebulan saya tak ke sekolah. Maklumlah, saya sekarang ini sudah bergelar bekas pelajar SMK Taman Universiti 2. Walaupun dah menjadi bekas pelajar, tapi kenangan saya ketika saya bersekolah di sana selama 5 tahun itu tak dapat saya lupakan. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan tempuhi ketika saya bersekolah di sana. Agaknya apa khabar sekolah saya yea sekarang? Dalam hati ini rasa nak pergi semula ke sekolah, berpakaian baju seragam sekolah, beratur dengan rakan-rakan dalam satu baris dan yang paling saya ingin lakukan ialah berada di atas pentas dan memimpin bacaan doa perhimpunan. Kalau anda ingin tahu, ketika saya menjadi pengawas sekolah selama tiga tahun dari tingkatan tiga, saya seringkali memimpin bacaan doa perhimpunan. Boleh dikatakan setiap pagi sebab pada ketika itu tiada seorang pun yang ingin mengambil alih tugas saya itu. Kalau ada pun, mereka buat secara paksa rela bukan sukarela. Pernah sekali saya meminta seorang ahli pengawas tingkatan tiga pada masa itu,( kalau tak silap saya pada masa itu saya berada di tingkatan lima), untuk menggantikan tempat saya untuk memimpin bacaan doa tetapi dia tidak memunculkan diri pada keesokan harinya. Saya jadi kelam-kabut pada masa itu mencarinya. Manalah tahu dia sembunyi daripada saya. Dah puas mencari, waktu perhimpunan hampir bermula, jadi konklusinya ialah saya jugak yang memimpin bacaan doa pada ketika itu. Ramai yang bertanya kepada saya ketika itu, “mirul, ko tak nak cari kew pengganti tempat ko tuk bacaan doa nanti?” Saya menjawab “ dah puas aq cari, tapi tak de sorang pon nk ganti tempat aq nie. Penggantinye ade, tapi org tu mcm tak nak beri komitmem yg tinggilah tuk part aq nie” Jadi sekarang ini, saya tak tahu siapalah yang mengambil alih tugas saya untuk tahun 2011 ini. Kalau dulu, saya ada, yang lain tak perlulah risau. Tapi sekarang, bila saya dah habis sekolah, tak tahulah apa yang jadi.
Walau apapun, saya mendoakan yang terbaik untuk lembaga pengawas sekolah untuk tahun ini. Diharapkan matlamat sekolah untuk disiplin sifar sekolah, pada suatu hari nanti, akan jadi kenyataan. Insyaallah. Kepada bakal pemimpin tampuk kepimpinan lembaga pengawas sekolah untuk tahun ini, diharapkan agar anda semua dapat melaksanak tugas yang telah diamanahkan drngan penuh tekun dan berdedikasi.

p/s: agaknye sapelah yang jadi ketua pengawas tuk tahun nie yea?

Tuesday, January 4, 2011

Pernah tak anda mendengar sajian ‘ikan sambilang salai’? kalau ada antara anda yang belum mengetahuinya tentangnya, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenainya.  

Ada orang yang mengaitkan sajian ini dengan satu jenis makanan ini yang dipanggil ‘ masak lemak cili api ikan sembilang salai’. Mungkin ada antara anda yang pernah merasai makanan ini dan mungkin tidak. Mungkin ada yang ingin bertanya macam mana ingin mendapatkan ikan sembilang salai ini? Saya ada satu cadangan mengenainya.

Terdapat sebuah gerai yang menjual ikan sembilang salai ini ketika saya dan keluarga saya berada di Negeri Sembilan. Tapi, saya tak dapat nak beri secara terperinci di mana gerai itu berada. Yang pastinya, gerai yang saya maksudkan ini terletak dalam kawasan antara Pedas dengan Linggi di Negeri Sembilan.

Inilah gerai yang saya maksudkan:  

Ibu saya sedang membeli ikan sembilang daripada pemilik gerai.


.
Inilah rupa ikan sembilang yang sedang disalai 

Bagi anda yang ingin mencari gerai yang saya maksudkan ini, bolehlah ke Linggi, Negeri Sembilan. Sekiranya anda menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, anda hanya perlu masuk susur keluar ke Linggi, Negeri Sembilan. Saya tak berapa nak ingat berapa nombor Exit itu. Sesudah keluar dari Plaza Tol Linggi, cari papan tanda yang menghala ke Linggi. Ikut papan tanda yang ada. Dalam masa 5-7 minit dari situ, anda mungkin boleh nampak gerai yang saya maksudkan dalam gambar itu. Selamat Mencari.